| Lakak-Lakak
Harga: BND7.00
Berat: 0.130kg
ISBN: 978-99917-69-48-6
| Edisi pertama kompilasi komik daripada pelukis-pelukis tempatan.
|
| Zoy Topeng Sakti 1 English Version
Harga: BND4.00
Berat: 0.070kg
ISBN: 978-99917-69-45-5
| Zoy Topeng Sakti 1 English Version mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki bernama Zoy yang memiliki topeng sakti. Kesaktian topeng ini menjadikan dirinya seorang yang gagah dan berani.
Komik ini pertama kali diterjemahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ke dalam bahasa Inggeris.
|
| Amalan Penjagaan Postnatal
Harga: BND5.00
Berat: 0.140kg
ISBN: 978-99917-69-42-4
| Buku Amalan Penjagaan Postnatal melihat kepada potensi pekhidmatan selepas bersalin khususnya perkhidmatan tradisional.
Kajian dalam buku ini dilihat daripada sejarah bermula hingga berkembangnya perkhidmatan dalam proses rawatan dalam pantang dan anak damit.
Kepentingan kajian dalam buku ini adalah untuk menyebarluaskan penjagaan kesihatan ibu dan anak damit khususnya dari segi penjagaan tradiosional. Penulis juga menyentuh serba sedikit mengenai penjagaan moden sesuai dengan keperluan semasa.
|
| Anak Arnab Ditipu Musang
Harga: BND4.00
Berat: 0.080kg
ISBN: 978-99917-69-07-3
| Mengisahkan seekor arnab bernama Putih yang terpisah daripada keluarganya ketika sedang bermain di dalam hutan. Kebetulan di tempat yang sama ia tersesat, seekor musang kelaparan sedang berjalan-jalan mencari makanan.
Musang itu memperdaya Putih dan ingin memakannya tetapi perbuatan jahat pastinya mendapat balasan. Musang itu akhirnya terkena jerat yang dipasang oleh pemburu dan Putih dapat diselamatkan oleh ayah dan emaknya.
|
| Ayam Mama Nani
Harga: BND4.50
Berat: 0.095kg
ISBN: 978-99917-68-96-0
| Mengisahkan seorang ibu yang memelihara seekor ayam yang dinamakan Si Puteh. Anaknya yang bernama Nani cemburu akan Si Puteh kerana ibunya lebih memberi perhatian kepada Si Puteh berbanding dirinya. Suatu hari, Si Puteh hilang dan membuatkan ibunya risau termasuk Nani. Mereka mencari merata tempat, namun tidak menemuinya. Akhirnya, mereka menemui Si Puteh dan Nani sayang kepada Si Puteh.
|
| Citra Budaya dalam Novel Maka Karya Muslim Burmat
Harga: BND7.00
Berat: 0.160kg
ISBN: 978-99917-69-17-2
| Merupakan sebuah buku penyelidikan sastera yang mengetengahkan hasil pengkajian karya Muslim Burmat bertajuk Maka. Novel Maka dipilih sebagai fokus kajian kerana novel ini bukan sahaja memaparkan tema yang berbeza, malah juga menggambarkan kepelbagaian budaya penduduk Melayu di pedalaman.
Selain menghuraikan latar belakang dan pengaruh pembudayaan bangsa Melayu, buku ini juga menelusuri gambaran atau citra budaya Melayu dari pelbagai aspek termasuk unsur-unsur pengaruh animisme, Hinduisme dan Islam.
|
| Antologi Cerpen Aurora 2
Harga: BND8.00
Berat: 0.420kg
ISBN: 978-9991769-38-7
| Aurora sebagai perlambangan penulis muda yang penuh dengan fenomena yang tidak terbatas dalam kreativiti penulisan karya sastera. Fenomena yang terhasil daripada aurora sebagai cahaya terang yang kelihatan di langit pada malam hari ialah suatu perlambangan bahawa penulis muda mempunyai visi ke depan dan sentiasa dinamik menghasilkan karya yang pelbagai seperti warna merah, hijau dan ungu ialah warna-warna keberanian, damai dan absurd dalam karya sastera kotemporari mengikut peredaran masa.
|
| Bijak Menabung
Harga: BND4.50
Berat: 0.095kg
ISBN: 978-99917-69-05-9
| Mengisahkan dua beradik kembar yang bernama Hafiz dan Hafizan. Suatu hari, ayah mereka memberikan hadiah berupa tabung kepada mereka berdua. Hafiz berjaya menyimpan wangnya ke dalam tabung manakala Hafizan tidak menyimpan apa-apa. Sekolah mereka mengadakan lawatan ke Pesta Buku Brunei. Oleh sebab Hafiz menyimpan wang, dia boleh membeli-belah di Pesta Buku. Manakala adiknya Hafizan tidak mampu membeli satu barang pun. Akhirnya, Hafiz berkongsi wang simpanan kepada Hafizan.
|
| Puteri Katak Yang Sombong
Harga: BND4.00
Berat: 0.065kg
ISBN: 978-9991769-02-8
| Seekor Puteri Katak berasa sombong kerana dikurnia dengan kecantikan sehingga ia memangsa setiap binatang lain yang berasa lebih cantik daripada dirinya. Akibat kesombongannya itu, akhirnya Sang Ular memperdaya Puteri Katak yang sombong itu dengan melilit dan memakannya.
|
| Riwayat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
Harga: BND4.00
Berat: 0.080kg
ISBN: 978-99917-68-95-3
| Menceritakan riwayat hidup Rasulullah yang boleh dijadikan ikutan. Salah satu pengajaran tersirat yang dapat kita peroleh ialah nilai dan usaha berterusan dalam memperingati perjuangan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sebagai Pesuruh Allah dalam menegakkan ajaran Islam, juga sebagai Rasul pilihan.
Buku ini pastinya akan mengingatkan kita untuk terus-menerus mengidolkan ketokohan Baginda untuk diteladani, diulang kaji, dirujuk dan disuburkan setiap masa, supaya kekal dalam ingatan dan jiwa kita.
|
| Sang Monyet dan Sang Kura-Kura
Harga: BND4.00
Berat: 0.080kg
ISBN: 978-9991767-27-7
| Setiap perbuatan pasti ada balasan sama ada perbuatan baik mahupun buruk. Begitulah moral cerita Sang Monyet dan Sang Kura-Kura, meskipun disampaikan dalam bentuk cerita binatang tetapi ia dapat menyampai makna tersirat yang bersifat didaktik.
Di pengakhiran cerita, Sang Kura-Kura yang bersifat sabar memperoleh balasan baik dan sebaliknya Sang Monyet yang jahat mendapat balasan yang setimpal.
|
| Dalam Sebuah Catatan dan Waktu
Harga: BND6.00
Berat: 0.120 kg
ISBN: 978-99917-69-34-9
| Mengumpulkan 101 buah puisi yang ditulis sekitar tahun 1999 hingga 2019. Puisi-puisi yang dihasilkan merupakan ungkapan daripada sanubari penulis berupa pengalaman, rintihan dan keperitan hidup yang dialaminya, namun dipenuhi dengan nafas makna dan mesej yang perlu dirungkai oleh pembaca.
|
| Geliga Sakti Awang Tunggal
Harga: BND5.00
Berat: 0.085kg
ISBN: 978-99917-69-16-5
| Cerita Geliga Sakti Awang Tunggal merungkai antara pemikiran sedar dan bawah sedar manusia. Mencantumkan elemen realiti dan fantasi, ia menceritakan kisah Awang Tunggal yang mengembara di negeri-negeri bawah bumi terutama Negeri Indera Pura dan mengahwini seorang puteri dari sana. Daripada pengembaraannya itulah memperlihatkan pelbagai mesej dan makna tersirat.
|
| Kumpulan Puisi Gelora Pantai II
Harga: BND7.00
Berat: 0.125kg
ISBN: 978-99917-69-33-2
| Memuatkan 59 buah sajak dan tujuh buah pantun yang membarisi ungkapan-ungkapan yang penuh dengan nasihat, peringatan dan sindiran, terutama kepada anak bangsanya yang kini hidup dalam serba kemodenan. Persoalan-persoalan yang dicetuskan dalam buku ini sepenuhnya berteraskan kemelayuan.
Kesemua ini menjadi perhatian fikiran penulis. Bukan itu sahaja, semangat kenegaraan yang tersemat dalam jiwa penulis juga disalurkan ke dalam beberapa buah puisi agar pembaca sama-sama menanamkan perasaan cinta akan tanah air.
|
| Hadiah untuk Ayah
Harga: BND4.00
Berat: 0.080kg
ISBN: 978-99917-68-02-1 | Mengisahkan dua beradik yang bernama Rina dan Rifin yang merancang untuk memberikan hadiah sempena ulang tahun ayah mereka. Mereka cuba melukis sebuah lukisan keluarga mereka untuk dijadikan hadiah buat ayah mereka. Ayahnya terharu dan gembira menerima hadiah lukisan keluarga yang dilukis oleh anak-anaknya.
|
| Kelabu di Hujung Pelangi
Harga: BND6.00
Berat: 0.125kg
ISBN: 978-99917-69-15-8 | Perselisihan, kerakusan, penipuan, pengorbanan dan kemanusiaan menyoroti perjalanan hidup Bunal, seorang pemuda kampung lepasan siswa. Bunal berasa bertanggungjawab mempertahan-kan amanat ayahnya untuk tidak menjual tanah pusaka keluarga. Namun, Bunal tersepit dengan dilema antara mereka bagi pembinaan jambatan jalan raya.
|
| Kisah Candas yang Sabar
Harga: BND4.00
Berat: 0.080kg
ISBN: 978-9991768-94-6 | Ceritanya mengenai pertikaian antara candas dengan sudu dan garfu. Ejekan daripada sudu dan garfu kepada candas mempunyai makna yang tersirat, iaitu setiap benda meskipun berbeza mempunyai peranan yang tersendiri.
Di akhir cerita pastinya menimbulkan bibit-bibit keinsafan kepada pembaca, iaitu Tuan Haji Ahad yang kaya-raya akhirnya memilih candas untuk digunakan sebagai alat memakan makanan kegemaran setiap hari berbanding sudu dan garfu.
|
| Panduan Asas Perancangan Kewangan Peribadi
Harga: BND5.00
Berat: 0.185kg
ISBN: 978-99917-69-18-9 | Sebahagian individu mendapat wang dengan banyak hasil kerja keras mereka tetapi tidak ramai yang boleh menguruskan kewangan dengan efektif.
Individu yang ingin mengurus kewangan peribadi secara sistematik dan lebih baik perlu mempunyai asas panduan dan disiplin ilmu tentang kewangan.
Panduan Asas Perancangan Kewangan Peribadi ini memaparkan maklumat asas untuk mencapai pengurusan kewangan dan standard hidup yang kebih baik.
|
| Pengembaraan Putera Azhar
Harga: BND4.50
Berat: 0.100kg
ISBN: 978-99917-69-04-2
| Selepas kemangkatan bondanya, Putera Azhar sangat dimanjakan oleh ayahandanya, Raja Khalid sehingga tidak mampu berdikari sendiri. Risau akan keadaan anaknya itu, Raja Khalid menitahkan anakandanya untuk keluar mengembara, belajar berdikari dan bertemu dengan rakyat jelata.
Dari sanalah titik tolak menjadikan Putera Azhar mandiri dan disayangi oleh rakyatnya.
|
| Usaha Amin
Harga: BND4.00
Berat: 0.075kg
ISBN: 978-99917-69-00-4 | Mengisahkan seorang budak bernama Amin yang tekun mempelajari seni mempertahankan diri, iaitu silat. Amin begitu tekun dalam sesi latihan sehingga guru silatnya mendaftarkan Amin untuk ikut serta dalam sebuah pertandingan Silat.
Hampir setiap hari, Amin datang berlatih silat. Tiba hari pertandingan, Amin dapat mengalahkan lawannya, pusingan demi pusingan sehingga Amin dapat masuk ke pusingan akhirnya.
|
| Voices and Candy
Harga: BND3.00
Berat: 0.050kg
ISBN: 978-99917-69-35-6 | Hidup ini ada kalanya menyesakkan kerana berhadapan dengan tekanan. Jika salah langkah setentunya akan merosakkan diri. Inilah yang dicoretkan dalam buku ini agar dapat diambil pedoman daripadanya.
|
| Kota Kaca (Edisi Kedua Cetakan Pertama)
Harga: BND4.00
Berat: 0.080kg
ISBN: 99917-69-43-1
| Novel Kota Kaca ialah satu pencarian tentang hakikat hidup yang terbelenggu dalam sebuah bangunan sepuluh tingkat. Bangunan dibina atas darah dan air mata.
Setiap tingkat ialah rentetan kebangkitan daripada kehancuran, ketakutan, kematian dan keterasingan dalam usaha menemukan diri sendiri.
Setiap bilik ialah suatu ruang kosong yang melukiskan mimpi dan igauan daripada sejarah yang panjang. Suatu pencarian makna yang hilang daripada kehidupan, namun yang hilang bukanlah masa depan, tetapi masa lalu.
|
| Cerita-Cerita Teladan dalam Al-Quran
Harga: BND7.00
Berat: 0.155kg
ISBN: 978-99917-69-39-4 | Pengisiannya menyajikan kisah dan sejara para Nabi dalam Al-Quran.
Buku ini mengandungi inspirasi dan sumber ilmu serta teladan untuk setiap Muslim.
Kisah-kisah yang dipaparkan bukanlah sebuah kisah fiksyen, malah dapat mempengaruhi akal, jiwa dan perilaku manusia. Banyak teladan yang dapat diperoleh dalam buku ini.
|
| Empat Pasang Anting-Anting
Harga: BND6.00
Berat: 0.075kg
ISBN: 978-99917-69-14-1 | Mengisahkan seorang remaja perempuan yang bermasalah dan berhati batu. Pemergian ibunya buat selamanya memberikan impak yang mendalam terhadap keluarganya dan membawa perubahan besar terhadap dirinya.
Hampir semua rakan sebayanya di sekolah memandang miring terhadap sikap dan penampilannya termasuk guru disiplin. Namun, dia tetap tidak peduli setiap pandangan dan hinaan yang dilemparkan kepadanya.
Ayahnya pula jarang bercakap dengan adik dan dirinya. Sehingga suatu hari, ketika ayahnya cuba membunuh diri, dia sangat cemas dan mati akal.
Sejak itu, ayahnya berubah dan membuka lembaran hidup baharu dengan berkahwin lagi. Remaja itu juga belajar etika dan cara kehidupan yang baik dan sewajarnya.
|
| Hanya Sebelah Dinding
Harga: BND8.00
Berat: 0.190kg
ISBN: 978-99917-69-13-4 | Mengisahkan Zara, seorang balu, berhati-hati dalam memilih pasangan hidup, di samping memperjuangkan haknya sebagai seorang wanita. Zara menolak segala sesuatu yang dimarginalisasikan, disubordinasi-kan dan direndahkan oleh kaum lelaki sama ada dalam bidang ekonomi, politik mahupun kehidupan sosial.
Dalam novel ini juga diselit kata-kata rangsangan dan romantik, penuh dengan nilai kejujuran yang dapat menggambarkan ketulusan dan keikhlasan dalam satu ikatan.
|
| Pumpulan Puisi Hilang
Harga: $6.00
Berat: 0.110kg
ISBN: 978-99917-69-20-2 | Puisi-puisi yang dinukilkan K. Manis dalam buku Kumpulan Puisi Hilang berunsurkan patriotisme, kemanusiaan dan kemasyarakat-an.
Malah, K. Manis turut mengongsikan beberapa gambaran adat yang diamalkan oleh masyarakat Brunei seperti adat berbasuh kaki dan pantang larang.
|
| Syair Asmaul Husna
Harga: BND10.00
Berat: 0.280kg
ISBN: 978-99917-69-21-9 | Syair Asmaul Husna menjelajah rahsia 99 nama indah Allah subhanahu wa taala yang disampaikan dalam bentuk syair.
Di dalamnya sarat dengan nilai ilmu, moral dan agama yang dapat dimanfaatkan pembaca sebagai satu pedoman hidup.
|
| Dang Urai dan Sumbui-Sumbui
Harga: BND4.00
Berat: 0.065kg
ISBN: 978-99917-69-06-6
| Ceritanya mengenai Dang Seri yang iri dengan kecantikan kakaknya Dang Urai. Pelbagai cara dilakukan untuk menjadikan kakaknya berasa rendah diri dan hilang keyakinan terhadap dirinya sendiri.
Sehingga Sumbui-Sumbui mampu membantu memberi keyakinan kepada Dang Urai dan menjadikannya cantik. Akan tetapi Dang Seri yang bersifat iri itu menggunakan Sumbui-Sumbui tanpa mengetahui syarat pemakaiannya.
Dang Seri kemudiannya mendapat pengajaran dengan menjadi hodoh kerana menggunakan Sumbui-Sumbui secara salah.
Di pengakhiran cerita, Dang Urailah yang menolong adiknya untuk kembali kepada keadaan asalnya. Sejak peristiwa itu, mereka pun berbaik, Dang Seri mula insaf dan menghormati kakaknya.
|
| Tentera Gajah Menyerang Mekah
Harga: BND4.50
Berat: 0.110kg
ISBN: 978-99917-68-98-4 | Berkisar mengenai penceritaan yang berlaku di Yaman, sewaktu zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
Ceritanya mengenai Gabenor Abrahah diperintahkan oleh rajanya untuk menyebarkan agama Kristian, dan cuba untuk memusahkan Kota Mekah dan memindahkan pusat perniagaan dan peribadatan ke Yaman dengan kekerasan, iaitu mengumpul seramai 20 ribu askar dan berpuluh-puluh ekor gajah untuk merobohkan Kota Mekah.
Dia juga menghasut orang arab berpaling daripada menyembah Tuhan. Akhirnya dengan kuasa Allah subhanahu wa taala, niat Abrahah dan tentera untuk menghancurkan kota Mekah dan menyebar agama Kristian dapat dipatahkan.
|
| Kisah Murai dengan Gagak
Harga: BND4.00
Berat: 0.080kg
ISBN: 978-99917-69-01-1
| Cerita ini memuatkan kisah dua ekor burung, iaitu burung murai dengan burung gagak. Burung murai dipelihara dalam sangkar manakala burung gagak bebas di udara. Kedegilan burung gagak yang tidak mahu mendengar nasihat burung murai menyebabkan dirinya terperangkap dalam jerat yang dipasang oleh seorang lelaki yang memelihara burung murai.
Satu kejadian telah berlaku yang menyebabkan burung gagak tercedera. Akhirnya, burung gagak sedar dan tidak sombong lagi.
|
| Masap
Harga: BND4.00
Berat: 0.075kg
ISBN: 978-99917-69-08-0 | Kita perlu berbuat baik kepada semua makhluk ciptaan Tuhan. Kisah yang terjadi di dalam cerita Masap, sifat kejam Wang Raman yang menyebabkan seekor anak kucing mati lemas mengakibatkan dia mendapat balasan kejadian sama.
Wang Raman jatuh ke sungai. Meskipun dapat diselamatkan, namun dia menjadi tidak siuman.
|
| Nasib Si Padian
Harga: BND4.00
Berat: 0.080kg
ISBN: 978-99917-68-99-1 | Mengisahkan seorang padian yang bernama Bu Piah, berkayuh di sepanjang sungai di Kampung Ayer untuk mencari rezeki buat anak-anaknya. Bu Piah turun ke perahunya dan menunggu pengalu dan nelayan untuk memperoleh barang dagangan seperti ikan dan sayur-sayuran untuk dijual.
Semasa Bu Piah berkayuh menyeberangi sungai tersebut, tiba-tiba datang sebuah perahu tambang yang sangat laju, lalu melanggar perahu Bu Piah. Perahu Bu Piah terus karam dan Bu Piah tejatuh ke dalam air. Siraung besar Bu Piah pun hanyut dibawa arus air. Orang yang melihat kejadian itu segera pergi ke arah perahu untuk menolong Bu Piah.
|
| Semut Hitam dan Semut Merah
Harga: BND4.00
Berat: 0.090kg
ISBN: 978-9991768-89-2
| Cerita ini memuatkan kisah dua sahabat, iaitu semut hitam dan semut merah. Walaupun persahabatan mereka baik, namun semut merah dan keluarganya bersifat malas untuk membina sarang mereka bersama-sama.
Akhirnya, semut merah dan keluarganya ditimpa kesusahan kerana sarang mereka roboh akibat dilanda hujan.
|
| Pendekatan Historikal dalam Drama Sejarah Brunei
Harga: BND6.00
Berat: 0.110kg
ISBN: 978-99917-69-19-6
| Membicarakan konsep dan perjuangan nasionalisme yang dibangkitkan oleh para penggiat sastera tanah air dalam karya drama mereka melalui pendekatan hostorikal.
Sebanyak lima buah karya drama bercorak sejarah, iaitu Rakis, Pengiran Indera Mahkota, limbang dalam sejarah, Sasterawan Bangsa dan Warisan Sebuah Wasiat dipilih sebagai fokus penyelidikan untuk menelusuri makna nasionalisme yang ingin disampaikan oleh pengarang dengan kupasan peristiwa-peristiwa sejarah, tokoh-tokoh penting, watak serta perwatakan yang mendasari drama bercorak sejarah dan kepentingannya kepada masyarakat.
|
| Kumpulan Puisi Kehidupanku
Harga: BND6.00
Berat: 0.115kg
ISBN: 978-99917-69-44-8 | Emma Nur seorang penulis remaja berbakat yang aktif menulis karya kreatif dekad ini. Kebanyakan puisi dicipta bertemakan kesedaran diri, perasaan juga ketuhanan. Lontaran suara yang diiringi dengan emosi kental penulis telah menghasilkan sesebuah puisi yang mampu menggamit hati dan sanubari pembaca.
Penulis menggambarkan satu per satu daripada semua yang pernah dilaluinya termasuk dugaan. Dugaan diturunkan dengan sebab. Tanpa dugaan, kita tidak dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan diri kita.
Alhamdulillah, penulis berjaya mengharungi setiap dugaan dengan tabah dan selalu bersyukur. Hayatilah setiap bait puisi yang dinukilkan dalam himpunan puisi ini, semoga mesej yang disampaikan dapat dijadikan iktibar.
|
| Alhamdulillah Ya Allah
Harga: BND4.50
Berat: 0.105kg
ISBN: 978-99917-69-22-6 | Mengisahkan Pak Jambul yang jenuh melihat hasil padinya dimakan oleh burung pipit. Dia memasang pukat untuk menangkap burung pipit itu. Seekor pipit betina yang terperangkap di pukatnya merayu untuk dilepaskan kerana anak-anaknya yang tinggal di luar tanpa ada penjaga. Pak Jambul berasa kasihan lalu melepaskan semua burung pipit itu. Akhirnya, Pak Jambul diberi balasan yang setimpal dengan kebaikannya.
|
| Siapa Ketua?
Harga: BND4.00
Berat: 0.080kg
ISBN: 978-99917-68-93-9 | Memilih seorang ketua bukan sesuatu yang mudah. Dalam buku Siapa Ketua? menceritakan banyak kriteria yang perlu dinilai untuk mencari seorang ketua yang baik dan responsif, malah mempunyai kebijaksanaan dalam menangani setiap masalah.
Dengan cara cerita yang ditamsilkan dalam bentuk pengisahan binatang yang akhirnya Kancil dipilih menjadi ketua, pastinya buku ini memberikan hiburan dan keseronokan berganda dalam penceritaanya, di samping mengetengahkan unsur moral.
|
| Ustaz Kecil Mari Belajar Berwudhu
Harga: BND3.00
Berat: 0.040kg
ISBN: 978-9991769-40-0 | Buku Ustaz Kecil Mari Belajar Berwudhu merupakan ikon cawangan kanak-kanak bagi buku bacaan tambahan kanak-kanak. Kandungannya mengajak dan memberi panduan kepada kanak-kanak cara berwudhu, solat, doa harian dan sebagainya. Insya- Allah, buku ini akan memberikan manfaat kepada semua.
|